Tuesday, 20 June 2017

PUNCA UTAMA GATAL KULIT

   
    3 PUNCA UTAMA GATAL KULIT


    1. KULIT KERING- antara penyakit kulit yang ‘top’ yang berada dalam kategori ini ialah EKZEMA atau DERMATITIS. Istilah ini ada pertindihan di mana semua ekzema adalah dermatitis tetapi bukan semua dermatitis itu adalah ekzema.
Kulit manusia secara semulajadi mengandungi kalenjar sebum yang berfungsi merembeskan sebum yang penting untuk melembapkan kulit.  Apabila rembesan sebum ini berlebihan maka seseorang itu berisiko mendapat masalah jerawat. Manakala  bila rembesan sebum terlalu kurang seseorang berdepan dengan masalah kulit kering.

EKZEMA:
Terlalu banyak klasifikasi ekzema.  Info di sini adalah berkaitan dengan Ekzema Atopik

Simtom:  Kulit kering, gatal, bahagian kulit yang terlibat terutama di muka, permukaan sendi, pelipat dan selalunya simetrikal(kedua-dua bahagian badan yakni kiri dan kanan). Simtom paling ketara ialah kegatalan kronik yang menyebabkan pengidap ekzema sentiasa menggaru kulit  dan kulit menjadi bertambah gatal. Kulit yang digaru menjadi merah dan dalam kes yang teruk sehingga berkudis dan berparut hitam.
Umur : Dari bayi sehingga dewasa. Kanak-kanak paling ramai yang mengidap penyakit ini.


Sejarah Keluarga:  Pengaruh genetik yang kuat. Selalunya ada anggota keluarga lain yang mengidap penyakit alahan juga seperti Rhinitis dan Asma.





TIPS RAWATAN: 
Kulit perlu kepada pelembapan berterusan, untuk kes serius yang mana kulit merah dan berkudis perlu berjumpa doktor. Elakkan penggunaan produk yang mengeringkan kulit.

Berpeluh, pertukaran cuaca(dry weather), pakaian yang boleh menyebabkan iritasi kulit seperti ‘wool’ dan emosi tidak stabil harus diberi perhatian kerana boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk.

Pemakanan perlu dijaga. Makanan tinggi protein seperti telur, ayam, daging perlu diminimakan.


      2.   INTERTRIGO




Merujuk kepada inflamasi kulit di bahagian pelipat kulit seperti di ketiak, peha, kemaluan,  leher dan ruang di bawah payu udara.

Faktor fizikal seperti kulit bergeser, lembap (sebab berpeluh), baju yang ketat, kebersihan diri yang kurang dan kawasan tertutup membuatkan inflamasi mudah merebak.

Dikaitkan dengan obesiti dan/atau penyakit diabetes.

Jangkitan sekondari oleh bakteria dan kulat mudah terjadi.

Simtom: Bahagian kulit yang terlibat sangat gatal, selalunya bermula kawasan kecil dan merebak menjadi besar.

TIPS RAWATAN: Kawal berat badan dan penyakit diabetes harus dirawat sewajarnya jika ada. Kebersihan diri perlu ditingkatkan. Penggunaan talkum anti-kulat dan bakteria membantu mencegah. Perlu berjumpa doktor untuk rawatan penuh.


3. URTICARIA(GEGATA)



Sejenis  alahan kulit yang mana bintat-bintat merah ataupun putih, timbul di permukaan kulit pelbagai saiz, samada secara sendirian atau pun merebak ke seluruh badan. Kes yang serius melibatkan bengkak-bengkak di mulut atau/dan mata, dan juga dalam rongga pernafasan dan saluran usus.

Simtom: Bintat-bintat timbul boleh jadi merah atau tidak, sangat gatal.

Penyebab2 Gegata: Terlalu Banyak. Antaranya:
Makanan: Ikan, kacang, telur, coklat, susu lembu, keju, yis, gandum.

Ubat: penicillin, aspirin, sulphonamide, morphine, dsb.

Jangkitan bakteria yang kronik: Contohnya di dalam hempedu atau saluran air kencing.

Penyakit Dalaman: Contohnya rheumatic fever, autoimmune thyroid diseases, kanser, polycythaemia dan reaksi kepada pemindahan darah.

Tekanan fizikal (Physical Urticaria): Demographism, Solar Urticaria(gegata bila terdedah kepada tenaga solar), Cold Urticaria(berkaitan dengan cuaca sejuk), Heat dan Exercise Induced.

Hormone: Kehamilan, pre-haid(premenstrual flare-ups)

Penyakit Kulit: Urticaria Pigmentosa, dermatitis herpetiformis, pemphigod, amyloidosis.

Genetik: Sangat jarang berlaku. 
Contoh: Hereditary angioedema, cholinergic urticarial with progressive nerve deafness, familial cold urticaria.

TIPS Rawatan: Perlu elakkan faktor yang mencetuskan reaksi gegata jika tahu. 



Saranan Produk.


  


Fungsi :

1. Meredakan kemerahan,kegatalan, kulit kering
2. Memberi kelembapan yang sempurna
3. Sesuai untuk atopic dermatitis ( ekzema ), psoriasis, ichthyyosis dan winter itch
4. Selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak
5. Paling disarankan oleh Pakar Dermatologi
6. Tidak mengandungi chemical (bahan kimia), fragrance (wangian), dyes (pewarna), preservatives (bahan pengawet).

Harga sekotak : RM 89 ( 113g)




Fungsi

1. Digunakan di bahagian yang kemerahan tanpa sakit.
2. Memberi kelembapan yang sempurna
3. Sesuai untuk atopic dermatitis ( ekzema ), psoriasis, ichthyyosis dan winter itch
4. Selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak
5. Paling disarankan oleh Pakar Dermatologi
6. Tidak mengandungi chemical (bahan kimia), fragrance (wangian), dyes (pewarna), preservatives (bahan pengawet).

Harga sekotak : RM 89 (70g) 



Pembelian pantas, WhatsApp terus ke +60133477284
Pembelian pantas, WhatsApp terus ke +60133477284
Pembelian pantas, WhatsApp terus ke +60133477284



No comments:

Post a Comment